|
|
| Wednesday, 11-Feb-2009 18:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Snow in Birmingham 2009
|
|
Snow buat pertama kali di Birmingham untuk tahun ni. Dalam seminggu jugalah salji turun berterusan. Hari Ahad n Isnin lepas pun masih ada, tapi hari ni dan semalam cuaca dah kembali macam biasa. Sebab tak keluar sangat rumah masa snow turun hari tu, tak banyak sangat ambil gambar. Bolehlah, buat kenangan...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Our next stop in Scotland - Edinburgh
|
|
Hentian seterusnya, Edinburgh. Dalam pukul 10, bertolak dengan 'train' ke Edinburgh. Sampai di sana dalam pukul 11.30 pg. Pukul 1.30 ptg baru dapat check-in bilik. So, kami tinggalkan beg dan jalan-jalan di sekitar bandar Edinburgh. Ambil gambar di Scott Monument, Edinburgh Castle dan kawasan sekitarnya. Paling 'best' kitorang pakai costume ala Scottish' dan bergambar dengan peralatannya sekali, pedang, alat menjahit dan alat muzik tradisional Scottish, 'bagpipe'. Siap 'ala-ala berlakon' lagi masa bergambar ni. Memang puas hati hasil gambar ni. Sorang kena bayar dalam £13. Untuk extra printing, tambah dalam £5.75 (lebih kurang) untuk sekeping gambar. Lepas tu, balik bilik, solat n makan sikit, dan hantar K.Shiela dan Laili ke train station (diorang kena balik hari ni sebab hari Isnin dah mula kerja dan tiket balik Birm agak mahal untuk hari Ahad).
Esok harinya, saya dan Liena 'tour' puas-puas bandar Edinburgh. Kami naik semua tour yang ada (beli tiket Grand Tour City Sightseeing; ada 3 tour, city sightseeing, Edinburgh Tour dan Majestic Tour). Edinburgh Tour dan City Sightseeing Edinburgh lebih kurang sama. Round bandar Edinburgh, Edinburgh Castle, Palace of Holyhood House, kediaman Scottish Parlimet dan beberapa tempat lain. Majestic tour, berjalan jauh sikit. Tour ni bawa kami berhampiran dengan pantai, lalu Royal Botanic Garden (kami tak turun pun), Ocean Terminal (kat sini ada The Royal Yatcht Britannia-kami tak naik pun, berhenti aje kat situ untuk panaskan badan dan bergambar), dan terus balik ke city centre. Kami balik bilik sat, solat dan makan. Lepas tu, ke Museum of Childhood (muzium kanak-kanak, dipamerkan alat-alat permainan dan pakaian kanak-kanak di Britain zaman dahulu). Free admission, tu yang bersemangat nak masuk tu. Banyak sebenarnya muzium di Edinburgh yang boleh masuk secara percuma, Museum of Edinburgh, Museum of Scottish dll. Tapi kami memang tak sempat nak masuk semua muzium tu. Lepas tu, habiskan masa dengan membeli-belah (beli cenderahati) dan masuk kedai halal dan makan 'burger' as our dinner. Balik bilik, kemas beg dan terus tidur. Esok pepagi dah kena bertolak balik ke Birm. Alhamdulillah, selesai sudah New Year trip kami ke Scotland. Looking forward for another trip...What's next ya? Wait and see....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Jan-2009 17:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
New Year trip to Scotland : Glasgow and Edinburgh
|
|
Since I haven't been anywhere for a while, Liena and I decided to spend Christmas and New Year holiday in Scotland, i.e. Glasgow and Edinburgh. We went there for 5 days, from the 1st of Jan till 5th of Jan. Hence, I have invited Lali and K.Shiela (Laili is my ex-officemate at UTP, they came to Birmingham for training course for 6 months) to join us for the trip. However, they only managed to join us in Glasgow and half a day in Edinburgh, since they have to go for work on Monday the 5th. We arrived in Glasgow around 1 pm. Alhamdulillah, the accomodation was good. They give us en suite room ( 4 beds attach with bathroom and toilet) along with breakfast. In the evening, we went for a walk around the city, took some photos and tried to get familiar with the streets. The next day, we went for Glasgow city sightseeing, cost £6 (for students) and £8 (for adults) each of us. We went to a place called People's Palace, Glasgow University, Botanic Garden and George Square. Beforehand, we planned to visit the Lighthouse and Tall Ship at Glasgow Harbour, but we missed it (we didn't ask the driver to stop the bus, so we missed it). Besides, we were not keen to go there for the second time (it was a hop in-hop off tour, so we were able to take other bus to the place) since it was quite cold and we were quite tired to stay outside in cold weather. The next day (after having a yummy breakfast , 2 fried eggs, toast, baked beans, potatoes scones, orange juice and coffee), we off to Edinburgh via train around 10 am and reached there 11 am. Our next stop, Edinburgh...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Dec-2008 07:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Eidul Adha 1429H dari Birmingham, UK...
|
|
Salam Eidul Adha 1429H untuk semua umat Islam, terutamanya di Malaysia dan Birmingham. Sambutan Hari Raya Haji kali ni biasa-biasa aje, sebab hari raya jatuh pada hari bekerja (Isnin, 8 Disember 2008). Tapi, walaupun tak semeriah di Malaysia dan terutamanya di Kelantan, kami tetap bersemangat nak 'beraya'. Liena siap masak soto, saya buat nasi kerabu (aduhai, termasinlah pulak kerabunya...). Sebelah pagi, masak sekejap, (tak dapat gi solat raya sebab tak dapat solat), ke department sekejap untuk hantar draft Chapter 2 (tertunda nak hantar dari Jumaat lepas), dan dengan Liena n Ida (dengan baju kurungnya ) pergi beraya (ziarah) di rumah Eti, Hana dan Irma. Dah lama 'lepak' di rumah diorang, ke rumah Shiikhah (student MA di Uni of Birmingham) sebab dijemput untuk datang beraya. Bersemangat ni cari rumah, walaupun sampai sesat2 dan dalam kebasahan dan kesejukan (aduh, beraya mengalahkan adik2 UG ). Lepas tu, bergerak ke rumah, sebab Eti n d gang (housematenya) nak datang bertandang (beraya) di rumah. Aduh, penat sehari berjalan. Tapi, Alhamdulillah, terasa jugalah kemeriahan raya. Cuma lupa nak takbir raya, sebab malam raya masih tak leh solat. Tak mengapalah. Moga semangat menyambut hari kebesaran ini berterusan dan moga falsafah ibadah korban dapat dihayati bersama, Insha-Allah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Dec-2008 08:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makan-makan di Restoran Orchid
|
|
|
Sehari sebelum hari raya haji, kami (the girls) sempat plan untuk jumpa, borak dan bersantai setelah hampir dua bulan tak berjumpa sesama sendiri. Maksudnya, saya dan Liena dah lama tak jumpa Eti n d gang (Hana dan Irma) sebab kesibukan masing-masing. Saya sendiri lepas raya puasa lepas terpaksa 'bertapa' di bilik hampir sebulan lebih sebab nak kejar 'deadline'. Liena, of course, memang selalu bz. Kerja dia tak putus-putus datang. So, bila masing-masing dah agak lega sikit (kecuali Hana yang kena submit kerja dia sebelum cuti Krimas rasanya), bolehlah cuba luangkan masa sekejap untuk duduk bersantai bersama-sama. Kami makan ala buffet di Restoran Orchid (sekitar Selly Oak, tak jauh pun dari rumah). Ni kali kedua makan di sana. Alhamdulillah, sedap. Makan sekenyang2nya...(aduh, tak bagusnya). Tapi, Alhamdulillah, memang seronok dapat jumpa dan sembang dengan kawan-kawan...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 06:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam 'Idulfitri al-Mubarak 1429H
|
 |
|
With Liena n Nadiah (Pakistani girl)
|
|
 |
|
Me, Liena, Nadiah, Hanisah n Ada
|
|
 |
|
Kami solat raya kat sini...
|
| | View all 18 photos... |
|
|
30th of September, majoriti masyarakat Islam di Birmingham sambut 1 Syawal 1429H. Saya dan kawan-kawan agak tak 'expect' raya akan jatuh semalam. So, malam raya tu, masaklah sikit2 (actually my housemate the one who cooked a lot of dishes). Pagi raya tu, gi solat raya di Masjid Greenlane, Small Heath, Coventry Road. Ingat nak gi solat raya kat Witton Islamic Centre, tapi tak leh nak gi sebab ajak Hanisah n Ada sama n diorang ada kelas pukul 11 am. Lepas solat raya, bergambar sikit, then balik rumah, makan pagi (sebelum solat raya just makan sikit aje). Lepas Zohor, keluar beraya dengan Liena ke rumah K.Dini dan rumah Eti. Ingatkan ada satu lagi jemputan dari kawan Liena, tapi rupanya esok. Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Salam Aidilfitri dari saya di perantauan. MOHON MAAF ZAHIR & BATIN...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Sep-2008 07:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A journey to Heathrow, London (Hani n Izwan going home 4 good)
|
|
|
20th September 2008, tarikh Hani n Izwan 'terbang' balik ke Malaysia. Hari tu, saya, Liena, Nabil n Zahran gi temankan Hani n Izwan ke airport Heathrow coz flight diorang malam tu. Bertolak dari Moor Street dalam pukul 11.50. Lebih kurang pukul 2 lebih baru sampai kat train st di London (lupa dah nama train station ni). Ambil tube ke Victoria Station. Izwan n Hani simpan beg sat kat sana. Gi tour London sat (sekejap aje, just lalu n bergambar depan London Eye, Big Ben n Westminister Abbey) since si Izwan tak pernah datang tour kat London (hari last day nak balik M'sia baru nak tour London, aisey man!). Pas tu, bergerak ke Heathrow Aiport naik tube (dalam 30-45 min). Sebelum tu, sempat cari burger halal dekat Victoria Station tuk buat berbuka (thanks to Liena coz she's d one who give d info of this place). Dok sekejap kat airport, solat, buka puasa, Hani n Izwan check-in (Alhamdulillah, semua beg lepas, tak lebih kilo), ambil gambar sikit, peluk2 n cium Hani n terus kena ambil tube tuk kejar train dari London ke Moor Street pukul 9.40 pm. Alhamdulillah, sempat. Tapi, train nak ke Moor Street ni punyalah lama, hampir 2 1/2 jam to 3 jam dia punya journey. Langsung kena naik teksi balik ke Selly Oak coz bas dan train dah tak operate. Anyway, it was satisfied to send my housemate till she reached d airport n now had reached home safely back in Malaysia. Insha-Allah, hope to meet you again, my friend...!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Sep-2008 03:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Ramadan dan 'Idulfitiri dari perantauan...
|
|
|
2nd day of Ramadan, kami dah bersemangat nak bergambar dengan baju raya. Actually, one of our friends, Eti suggest member-member PG solo yang ada kat Birmingham ambil gambar sama-sama dan hantar ucapan salam perantauan kat suratkhabar Utusan atau Berita Harian. So, petang Selasa 2 September, bersamaan 2 Ramadan kami bergambar ramai-ramai. Lepas habis sesi 'photoshoot' gi buka puasa kat restoran di Bristol Road. Gambar dan ucapan dah dihantar. Hopefully keluarlah gambar n ucapan kami sempena kedatangan Ramadan n Syawal dari bumi Birmingham, UK....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Aug-2008 17:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis BBQ Mcib & Miwb di Cannock Chase Visitor Centre, Cannock
|
 |
|
Doa dibaca moga majlis diberkati
|
|
 |
|
K.Ela gelak sakan tengok gelagat anak-anak Brummie nak bersukan
|
|
 |
|
Humayra...so cute!
|
| | View all 20 photos... |
|
Hari Ahad lepas (24/08/09), saya, Hani n Lina berkesempatan 'join' sama majlis BBQ anjuran komuniti Malaysia di Birmingham (Mcib n Miwb) di Cannock Chase Visitor Centre. Jauh juga drive, dalam sejam (campur dengan sesatnya lagi). Ni adalah second majlis BBQ yang diorang buat. Sebelum ni di Kingsbury Water Park. Kali ni, dapat bakar sate n ber'bbq' kat sana. Cuaca pun elok. Makanan pun banyak/ sedap. Alhamdulillah, seronok jugalah datang sini, walaupun tak banyak tempat menarik yang boleh ambil gambar. Majlis bbq terakhir sebelum tibanya Ramadan al-Mubarak 1429...
"Sambutlah kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan tangisilah pemergiannya dengan penuh kedukaan. Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1429..."
    
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 03:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A visit to the Black Country Living Museum, Dudley
|
|
Hari Khamis minggu lepas (7/8/08), saya, Hani, Lina, Eti dan K.Nini memanjangkan langkah ke the Black Country Living Museum, Dudley. Tak jauh dari Birmingham (Selly Oak), dalam setengah jam naik kereta. Kami ke sana sebab nak bawa K.Nini berjalan (kawan K.Na and ex-collegue kat UTP dulu) yang datang ke Birmingham untuk conference. Pukul 10.30 kitorang dah sampai kat sana. Muzium ni berkaitan sejarah kawasan industri, dikenali sebagai "Black Country" iaitu Wolverhampton, Dudley, Sandwell dan Walsall. Kalau baca kat website muzium ni, ia dikenali sebagai 'Balck Country' (pada kurun ke 19) sebab pada masa tersebut, kawasan ni dipenuhi dengan asap kesan daripada kegiatan industri di sana. For details, boleh surf kat sini, http://www.bclm.co.uk/
Apa yang menarik kat sini, diorang ada 'pelakon-pelakon' yang berpakaian macam orang zaman dulu-dulu (di Britain) dan bercerita tentang sejarah yang berkaitan. Boleh tengok macam mana rumah zaman dulu di Britain, sekolah, tandas, stesen minyak, kereta, bas, tram dll. Kitorang siap merasai suasana sekolah zaman dulu di St. James School, 'berlakon' jadi murid. Overall, agak seronok juga ke tempat ni, dengan cuaca yang amat bagus (cerah, sekarang jarang dapat jumpa matahari kat sini, asyik hujan aje...). Cuma, kitorang 'miss' nak beli / merasa 'traditional fish n chip' yang katanya lain dari fish n chip biasa, sebab queue terlampau panjang nak beli benda alah ni. Anyway, hope everyone had enjoyed themselves there on that day....
         
|
|
|
|
|